DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW

YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU

READ AND SMILE !!

Sunday 22 April 2012

CINTA

kalau cinta, wajib dikaitkan dengan hati.
apa benar cinta itu buta ?
cinta ada mata ?
kalau tiada mengapa masih lagi bilang ia buta?
cinta dikaitkan dengan hati,
sememangnya bukan cinta yang buta tetapi
Hati yang Buta.

adakah hati aku juga buta ?
lantak dan biarkan,
hati bukan lagi penting,
yang penting diri.

tapi cinta,
cinta juga ada kena mengena dengan diri
apa aku cakap ini benar dan normal ?
kenapa secara lantang aku bicara pasal cinta.
atau memang aku sudah jatuh cinta ?

tidak pasti ?
bagaimana pula engkau ?
engkau pasti engkau sudah jatuh cinta ?
cuba tanya diri sendiri,jangan tanya hati,
tanya diri.

tiada guna tanya hati,hati dah dicemari malah sudah buta
diri yang perlu diawasi 
kerana diri pikul maruah mu .

sudah siap sedia pertahanan mu ?
sudah sedia bertempur ?
engkau faham apa maksud pertahanan dan pertempuran?

tidak bukan ?
kamu siap sedia ,
lawan sama dia ,
sama siapa ?


kenali lawanmu
perangi
sama nafsu mu !

sekarang cinta bukan lagi letak di hati,
sebab hati buta,
cinta kini juga bukan lagi pada diri,
kerana diri tiada daya
sekarang cinta terletak pada maruah

ya benar yang dibawah 
jaga yang itu 
bukan jaga kecantikan mu,
secantik rupa gebu merah jambu 
tapi maruah mu juga yang digadai 
lantas pasti kamu buntu


cinta bukan pada tubuhnya
tapi moden pula kata cinta sememang terletak 
dan sengaja disasarkan di kulit jernih 
gebu atau kasar milik dara atau teruna itu


itu kata moden


kata engkau bagaimana ?




aku tak rela
aku rela cinta dirinya dan pendirianya
dari merosakkan apa yang sempurna dari
hancur dan tidak berguna




sabtu pagi bertarikh
21/april/2012
jam 4.00 pagi






Friday 20 April 2012

TIDAK SEDAR . KITA KOMA

Apa selama ini kita koma ? terbaring diatas katil sambil badan
diselimuti cadarnya pula putih dan berbekalkan bantuan pernafasan
memangnya kita koma ? tidak langsung sedar ?

arus perdana di kaca warna tayangan seperti tidak masuk akal
mengetengahkan yang tidak perlu, dimana yang perlu pula dibuang sahaja.
engkau dapat beza bukan antara perlu dan tidak perlu.
tapi tetap juga pilih tidak perlu untuk santapan

memang kita koma .
aku tak rela cakap kita mati,sememangnya hati sudahpun mati
hanya badan kulit darah urat otak masih beroperasi
tidak sepenuhya tapi...

yang terlebih seronok sudah seperti seronok yang biasa
lupa ? dosa sedang dicatat
yang baik pula sengaja dilupa 
mengapa? pahala tidak dicatat

memangnya kita langsung tidak sedar ?
sedar diri,buka mata.

secara kasar pergerakan mata kita memang terbuka,
secara kasar pergerakan kita memang berupaya,
tapi masih tidak normal 
kerana sebenarnya kita masih koma ?

APA KOMA !!!
kau perlukan bantuan pernafasan sahabat .. 
segala yang engkau lihat adalah sewajarnya tidak patut
dilihat .

aku juga melihat runtuhnya seseorang,runtuhnya dirinya
aku juga sedang runtuh, 
apa yang runtuh?

segalanya..

apa dia ?

runtuh diri,
runtuh iman,
runtuh pengangan
runtuh kasih dan sayang
runtuh perjanjian

benarkan 

ya kita masih koma dan masih tidak sedar,
bukan bantuan pernafasan kita perlukan tetapi sedikit 
air dicurahkan ke muka lantas terus bersuci
5 waktu terasa indah
doa pula diutama

kita akan bangun dari koma

sabtu pagi bertarikh
21/april/2012
jam 3:03 pagi

Antara Hati , Rasa Atau Diri

Hati kaku,menduga masa gelap atau terang cahaya putih atau hitam
Hati luruh,semua bunga jatuh tangkainya mulai kendur warna semakin pudar
Hati pedih, melihat sengsara diri atau yang dikasihi terseksa atau diseksa dikhianat atau mengkhianati
Hati mati,segalanya sah hitam , sah tiada cahaya kerana suisnya sudah dipadam.

semuanya tentang hati,ataupun disebalik hati ingin meluahkan 
perasaan sa`ja ?
diri sendiri mati .

teman sepermainan sampai ada satu tahap. satu tahap 
lagi kita yang tanggung
itu teman kalau keluarga ?
sama sahaja , segalanya akan kita tanggung sendiri
tiada orang lain yang mungkin simpati mengambil bakul kosong mengisi tragedi aku atau kamu secara rela

kerana diri kita . kita tanggung !

cerita mengenai apa ini ?

Hati ..

Hati hanya suratanya , diri pasti siratannya ..
antara hati dan diri mana penting ?

ikut hati mati ikut rasa binasa ikut diri ?
diri itu apa ?
pada aku diri itu pendirian .

hati mungkin gelap.tidak disangkal tiada guna ikutkan hati
Rasa mungkin kolot .lagi pasti kolot kalau ikutkan rasa
bagaimana dengan diri ?
ikut pendirian mu . sebenar dan pasti pendirian itu lagi benar dari hati dan rasa

Hati kaku,Hati luruh ,Hati pedih,Hati mati.
mengapa semuanya dikaitkan dengan hati seperti yang tercatat di permukaan .
percintaan juga dilukiskan mengikut hati .
mengapa mesti hati .

mengapa tidak rasa?
rasa juga boleh timbulkan cinta benarkan ?
mengapa percintaan tidak dilukiskan mengikut rasa 
kompleks bukan?

semua tentang hati ,sampai filem dijudulkan "soal hati"
apa hati itu penting ? manusia moden ada hati lagi ?
jika ada pasti hitam di kotori riak dan cantik dan kacak
pada yang busuk,buruk,miskin bagaimana ?

Orang jelek juga punya hati  
Orang baik juga punya hati 
Orang jelek tidak punya diri
Orang baik selalu sedar diri

faham maksud aku ! ?

antara diri dan hati mana lagi penting
aku pilih "diri"
kerana diri itu tidak dicemari setiap orang ada pendirian dan pendirian itu menunjukkan
diri seseorang itu dan senang di gambarkan 

jika hati semuanya berubah tidak seperti diri . hati  boleh ditipu .
bisikan jahat selalu duduk disebelah hati .

Berhati-hati

Antara Hati , Rasa , Atau Diri

sabtu pagi bertarikh
21/april/2012
jam 2.46 pagi

Wednesday 18 April 2012

merindui kehidupan yang dulu

Catatan ringkas

-melaka 2007
bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar kolej mengambil jurusan hotel & katering. dan membiakan bidang musik  bersama-sama kawan .study tetap study ,musik tetap musik , segalan keseriusan tentang musik lahir di melaka di mana hanya kepoyo-poyo an berangan beraksi di atas pentas semuanya menjadi kenyataan .dan semua kenyataan itu melaka yang saksikan melaka .. Terhidupnya sebuah kumpulan gitar rancak melo sedih punk bernama CLOCKSTICKING  :) Aku,Eriq,Wan,Isa, bertungkus lumus menegakkan mensteadykan band tersebut .mengelilingi malaysia di ceruk rantau pekan bandar membawa nama kumpulan kami .
semuanya berjalan lancar .sampai suatu masa. 2011 tamatnya perjalanan kami (aku rindu zaman tu)

Johor Bahru 2009
memulakan sesi perkejaan utk menyara kehidupan diri dan keluarga tercinta aku berkerja sebagai seorang income auditor di salah sebuat hotel terletak di johor ,atmosfera dan situasi yang lucu pahit manis kelat kongsi bersama rakan sekerja ,sangat indah masa tu ..kawan-kawan akak-akak,adik,adik semua nyer kelakar kelakar..pergaduhan pertelingkahan salahfahaman,kebahagiaan keriangan,keindahan semua aku dah kecapi disana bersama teman-teman kerja hotel selesa , maca,kak eton,abg nan,kak dian, alip,han,arm,dan byk lagi .memori kat sana telah aku kuburkan pada akhir tahu 2011.

tahun 2009 juga aku mencipta  teman rapat baik sangat best dimana kami selalu bersama menghabiskan masa .makan bercuti semua bersama-sama .. dia bernama jazilah mohsin .rashida yang kenal kan aku dgn dia .. dia sangat baik aku pula mengenalkan teman2 aku pada dia .dan kami wan,aku,lala,wat halim selalu bersama .bercuti ,memang sangat best waktu tu .. tapi sekarang ,, yang tinggal aku sorang di jb ,, lala berhijrah ke kuala lumpur berkerja .tapi masih bestfren sgt . wan pulak ke perak uitm . wat hilang tetiba,dada ,meninggalkan diri sendiri. aku rindukan saat nie taw .. rindu sangat kawan2 ..

joanna juga telah menjadi kawan rapat aku selalu medengki berdengki gurau bergurau .kami lala joaanna halim .pergi ke melaka bercuti disana .saangat seronok disana ..berjimpa berdonky bermakan , mmg seronok kat sana ..rindu sangat la ...

2012 pula aku telah berkerja sebagai seorang videographer graphic designer dan sekarang waktu ini jam 5:36 ptg tarikh 2/2/2012 aku sedang menaip entry kerana aku merindui kawan-kawan aku yang dulu

Teringin bersama kembali :(