9 tahun..
Engkau Punca aku senyum,
Engkau punca aku tawa,
Engkau punca aku Nangis,
Engkau punca aku duka.
Engkau yang beri harapan,
Engkau juga beri kesimpulan
Engkau telah hulur bantuan
Bantuan hati yang parah kerna percintaan.
Harapan.senyuman ......
titik nokhtah panjang tak dapat aku menitikkan ..
Musnah semua Musnah jiwa
musnah harapan datanglah kegelapan
engkau ambil semula senyumanku
engkau ambil semula tawaku
engkau biar saja tangisku
engkau lihat saja dukaku
engkau musnahkan harapanku
engkau simpulkan kesimpulanmu
engkau putuskan bantuanku
engkau parahkan hati cintaku
namun tidak apa .
kerana cinta aku tunggu dirimu
kerana cinta aku gila..
A Bte M
-shafiq
DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW
YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU
READ AND SMILE !!
Wednesday, 5 February 2014
Friday, 11 October 2013
Tidak Sadar
Tak Sadarkah aku yang dia bukan milikku lagi ? ,
Tak sadarkah aku lagi yang dia kini mahu dia mati didalam hati ku ini,
Tak sadarkah aku yang dia sudah berlari jauh daripada aku disini,
Tak sadarkah aku yang kini dia lebih tersenyum setelah dia meninggalkan aku mati begini.
Masih menunggu ?
Atau tertunggu
sanggup dibelenggu ?
tiada siapa pun tahu.
Tuhan tolong Buang dia dari hati ku .
Monday, 8 July 2013
AKU JURNAL DIRI ENGKAU
AKU JURNAL DIRI ENGKAU
Aku tak perlu hendak lagi memberi salam ,aku tak perlu lagi hendak memberi kata mula perbicaraan,aku tak perlu lagi mengenalkan diri aku yang sekecil zara ini . mengapa ? sebab tiada yang akan baca jurnal orang lain tapi ditulis oleh aku . .
kosong haribulan kosong tahun beribu kosong
Aku menulis tentang diri kau yang selama ini bukan sahaja bermain dalam fikiran aku tetapi membuat jantung aku berdegup lebih lancar sampai aku rasa ia tidak sepatutnya berdegup sebegitu . aku juga meneliti kehidupan ceria engkau yang selalu buat aku tersenyum bila melihat senyuman engkau didalam gambar yang engkau kongsi dengan orang lain tapi tidak untuk aku . .
satu hari bulan satu tahun beribu ribu satu
Aku masih menulis tentang diri engkau sembarangan dan Sangat rahsia , aku menterjemahkan setiap kata-kata kau yang pernah kau lampirkan dalam hidup aku ,semuanya mawar harum tapi sayang setiap bunga akan kering jika tidak disiram ,tapi ! aku siram . aku selalu sirami dengan air mata aku , mungkin air mata yang aku curahkan ini racun membuatkan ia mati kering berwarna cokelat. tanpa prasangka dan menjadi sangkaan dan ia terjadi kenyataan ia benar-benar mati ..
dua hari bulan dua tahun beribu ribu dua
ya seperti biasa aku masih menulis jurnal diri engkau .engkau berkerjaya .engkau kemas cantik memang sesuai untuk aku katakan kau memang bergaya.tidak lagi bercermin mata yang aku pilihkan dahulu .tidak lagi bercincin yang aku ukirkan untuk engkau .mungkin engkau sudah buang kenangan kita . mungkin kau sudah berjaya menjadi seorang feminin yang ikhlas melupakan aku yang menjurnal kan engkau ini ..
tiga hari bulan tiga tahun beribu ribu tiga
masih lagi menjurnal engkau , masih lagi menjadi admire terbuka bukan lagi rahsia . pernah ke aku menjadi rahsia pada engkau .pernah ke aku menyembunyikan perasaan cinta pada engkau . tidak mungkin sebaris ayat 'admire terbuka' tidak sesuai kerana aku ini adalah cinta terulung yang sudah pun tergulung dan telah pun digulingkan dan dicampak ke dasar lumpuh yang tidak boleh renang ke permukaan .
empat hari bulan empat tahun beribu ribu empat
masih..... engkau kelihatan ekstrem bahagia kesana kemari bercuti beriadah aku hanya menemani kau dengan melihat gambar-gambar kau yang kau kongsi untuk yang lain dan yang pasti bukan aku yang kau ingin tunjukkan dan yah kongsikan ..
lima hari bulan lima tiada tahun lagi
masih .. aku seorang yang bodoh menjurnalkan orang yang pasti tidak lagi mencintai aku sepertimana aku mencintai dia dari dulu hingga sekarang ...
si bodoh....
Wednesday, 15 May 2013
Siri Series Yang aku rasa worth it untuk tengok
Aku dah tak tahu dah nak post apa kat blog ni .... so aku nak share la apa yang tiap2 malam aku layan kat smart tv aku . haha SMART TV taw hahah Smart smart siot hahaha !
apa-apa pun kalau korang minat layan series macam aku ni .korang wajib layan series ni
top 5 pada aku
#1 Dexter
Dexter Morgan Adalah seorang Blood Splatter analisis yang kerja kat MetroHomicide miami. dia juga adalah seorang pembunuh bersiri .dia tak jahat tapi dia ada Urge macam ketagih kalau tak bunuh orang rasa macam tak sedap hati . akak dia pula berkerja satu building dgn dia sebagai seorang detektif dan akan menjadi liutenant juga boss kepada dia .
citer ni mmg breathtaking and suspen gila ! wajib tgk wajib tonton ! sekarang dah season 7 . season 8 release jun 30 ni . aku dah tak sabar dah nak tgk
kalau nak download Torrent gi je kat Kat.ph type je Dexter complete series pasti keluar
#2 Bates motel
Bates motel Series baru Dah episode 9 Next monday dah final episode utk 1st season ni . twisted mind and kena fokus dan menarik . dan banyak sesi terkejut dan ketidak kepercayaan ! "eh rupa rupanya dia la . eh tu eh ni ! mmg best gila !!
#3 Revolution
tetiba je elektrik takde .semua yang menggunakan tenaga semuanya tidak boleh pakai ! nak kena hidup macam dulu2 guna kuda . tu semua la ..ada satu benda yang boleh hidup kan benda2 elektrik ada max radius .best best !!!
#4 Leverage
Leverage yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam terhadap pesalah yg dianggap tidak bersalah . banyak aksi menarik dan lawak .. Parker selalu gila buat lawak . seronok Action funny thrill complete pack la ..
#5 Reaper
Dulu masa mak bapak dia muda2 susah nak dapat anak and doktor kata mmang tak boleh dapat anak .lepas tu dia ada hutang dengan Devil kat neraka .so dia kata ambil la anak aku jika isteri ku lahirkan anak sebagai hamba kau . tup tup .. dia dapat baby bini dia pregnant lepas 18 tahun deevil tu datang . dan anak dia kena kerja dengan devil tu sebagai penangkap ahli neraka yang lari dari neraka turun ke bumi . hahaha
best lawak gila .. paling tak boleh belah waktu dia cakap "DIE TOASTER DIEEEE"
semua ada kat.ph
"kerja aku sekarang gi kerja balik kerja layan series pastu main Neverwinter online lol"
Friday, 10 May 2013
BAGAIMANA UNTUK AKU CAPAI IMPIAN ?
Assalamualaikum .
lama dah tak bertaip disini . lama dah tak berkongsi jiwa dan perasaan disini . lama juga tak berkongsi apa jua isi disini .
Tajuk dah ingin menceritakan , Bagaimana ?
Aku minatnya banyak,banyak juga mahu lakukan itu lakukan ini . tapi persoalannya bagaimana ? how ? 方法? in che modo ? Hobi juga banyak .boleh ke hobi menjadi potensi untuk hidup masa depan . salah satu hobi aku untuk hidup masa depan sudah kian runtuh . Muzik , Kalau kamu ikuti kisah aku dalam blog ni , korang tahu aku ni seorang pemain musik, aku punya band yang dimana telah berjaya memasuki tv ,majalah,radio,dan keluarkan album . Tapi rezeki tiada .aku henti di situ
aku hobi membuat filem pendek .macam-macam filem aku buat kebanyakan filem adalah filem aksi,tapi aku tak tahu bagaimana nak kembangkan bakat aku dalam bidang filem ini .aku tak punya tapak untuk melangkah,aku tak punya kenalan yang berkaitan dalam industri tersebut . bagaimana ?
Boleh ke impian aku menjadi kenyataan . ya " Hard work wont Betray you " tapi kerja keras aku mengkhianati aku dari segi kewangan dan peluang . aku buntu-buntu-buntu dan buntu .
aku risau masa depan aku yang samar-samar untuk pastikan cerah atau gelap atau mati atau sederhana
aku impikan kemewahan dunia dan akhirat(impian semua makhluk) . sederhana alhamdulillah . gelap hitam mati aku tak mahu .
pendek kata . Bagaimana ?
lama dah tak bertaip disini . lama dah tak berkongsi jiwa dan perasaan disini . lama juga tak berkongsi apa jua isi disini .
Tajuk dah ingin menceritakan , Bagaimana ?
Aku minatnya banyak,banyak juga mahu lakukan itu lakukan ini . tapi persoalannya bagaimana ? how ? 方法? in che modo ? Hobi juga banyak .boleh ke hobi menjadi potensi untuk hidup masa depan . salah satu hobi aku untuk hidup masa depan sudah kian runtuh . Muzik , Kalau kamu ikuti kisah aku dalam blog ni , korang tahu aku ni seorang pemain musik, aku punya band yang dimana telah berjaya memasuki tv ,majalah,radio,dan keluarkan album . Tapi rezeki tiada .aku henti di situ
aku hobi membuat filem pendek .macam-macam filem aku buat kebanyakan filem adalah filem aksi,tapi aku tak tahu bagaimana nak kembangkan bakat aku dalam bidang filem ini .aku tak punya tapak untuk melangkah,aku tak punya kenalan yang berkaitan dalam industri tersebut . bagaimana ?
Boleh ke impian aku menjadi kenyataan . ya " Hard work wont Betray you " tapi kerja keras aku mengkhianati aku dari segi kewangan dan peluang . aku buntu-buntu-buntu dan buntu .
aku risau masa depan aku yang samar-samar untuk pastikan cerah atau gelap atau mati atau sederhana
aku impikan kemewahan dunia dan akhirat(impian semua makhluk) . sederhana alhamdulillah . gelap hitam mati aku tak mahu .
pendek kata . Bagaimana ?
Monday, 15 April 2013
Menjadi diri
Menjadi aku .
Selalunya bila kita lihat orang ,
lantas pasti terfikir ,
kenapa aku bukan dia ?
apa buat kita befikir begitu ?
dia bergaya mempunyai segala benda,
manakala kita tiada apa dan langsung tidak bergaya,
selalunya bila kita susah,
lantas pasti berfikir ,
kenapa aku bukan orang kaya ?
apa buat kita berfikir begitu ?
sebab kita susah dan tak suka terima kenyataan,
dan sebab tidak terima juga kita tidak berusaha .
dan sebab tidak berusaha
kita tidak menjadi diri kita
kita .. sendiri
diri sendiri
aku ..
menjadi aku
Saturday, 9 February 2013
1 januari 2013 Hey cinta .
1 januari 2013
Hey cinta .
kau tahu 8 tahun genap aku tunggu kau,
8 tahun genap aku tak pernah putus asa terhadap kau,
8 tahun genap aku menabur semangat menunggu kau,
8 tahun genap juga aku bertahan dari anihilasi hati untuk kau.
Hey cinta .
aku tidak pernah kata aku putus asa,
walau nampak seperti aku yang tersiksa,
walau nampak seperti aku yang terpaksa,
walau nampak aku seperti anjing menagih rasa,
pasti aku tidak rasa seperti aku yang sudah putus asa.
Hey cinta .
bukan mudah aku memberi hati parah kepada lain dara,
bukan mudah aku menambat cinta lain dara,
bukan mudah aku kasih dan sayang lain dara
sedangkan kau yang aku fikir untuk bersama.
Hey cinta .
aku tak pernah lupa akan kenangan kita,
waktu kita bersama tersenyum gumbira,
waktu kita bersama menikmati suasana,
waktu kita bersama memberi kasih bersama,
waktu kita bersama membenci bersama.
Hey cinta .
aku tak pernah benci walau ada masa geram membuta tuli,
aku tak pernah jahat hingga sumpah mati,
aku tak pernah tabur fitnah kata kau syaitan api,
malah aku berdiri teguh menunggu kau disini
hey cinta.
hey cinta..
hey cinta...
biarlah aku mati ......
Subscribe to:
Posts (Atom)