DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW

YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU

READ AND SMILE !!

Friday, 14 October 2011

SATU RIBU FOLLOWERS

Assalamualaikum

disini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kini saya telah mencapai
Follower Seramai SATU RIBU ORANG, ini sangatlah mengejutkan saya

Disini juga saya ingin berterima kasih kepada orang pertama follow blog saya.iaitu
saya jugak(sendiri tekan butang follow) dan juga orang yang ke SATU RIBU yg follow blog saya
Ianya wanita ye kawan-kawan wanita yang bertuah :)

Nama Follower ke seribu itu iala Miss Mieyna.dengan itu
saya ingin kasi dia hadiah yang  tidak ternilai iaitu sebuah perkataan
"TERIMA KASIH"

wahahaha .Terima kasih semua 





Thursday, 13 October 2011

Dia dan Aku

Assalamualaikum :)



kat sini aku nak ceritakan dari pertemuan persahabatan aku sedikit <3 bersama dia
yang pasti aku masih mencintai dia walaupun
tidak adanya dia disebelah aku :(

Pertemuan,pandangan,tolehan leher ku ke matanya yang biru,silver,macam tu la
menjaga kaunter kira-kira ku pula sibuk menyusun roti ke sini sana 
pura-pura sibuk sebenarnyer untuk melihat dia di situ
malu bertanya nama,melihat name tag sahaja .senyum manis
lihat ia sejuk badan keriangan

menulis nota berserta 10 digit yg bermula dari 0 dan 1
menghulur mengharap ia membaca dan satu hari nanti akan menekan butang digit dan 
menekan butang hijau , harapan mungkin hampa
harapan mungkin beroleh kemenangan

tiga hari menunggu akhirnya berbunyi ,
kegembiraan menguasai diri,pekerjaan jadi kesukaan
kebosanan kian hilang
senyuman kian terukir dengan lancarnya

Menemani nya berjalan di situ,waktu isi perut tengah hari
bersama,waktu menemani tunggu sebuah volvo datang menjemput
waktu minum bersamaa,waktu berMcdonald bersama
waktu ia menarik rambut ku. 
waktu senyuman mu milik ku
waktu peti simpanan surat digital di banjiri datang dari dirinya

kian malam ku miliki suaranya,kian sepi dia menemani
kian susah ada bersama ku ,
waktu itu milik kita milik dia milik aku
memori yang sayang dan manis dan tidak dilupa 

6 tahun kisah itu .dan hingga sekarang aku mencintai mu .
ku ingin kau kembali :(
pergh jiwang kan aku <3<3 well itulah kebenaran

-azira bte mahful :) 


Tuesday, 11 October 2011

APA AKU KISAH ? Aku tetap Aku

AsSaLamualaikuM ...

i dont give a fuck about anyone ! i am what i am ! '


lama dah Tak menulis .. pada yang benci dan yang suka saya tu.jangan malu-malu anda diWELCOME untuk baca blog saya ..haha saya tak racist pun :)

Kat sini aku nak story pasal Pendirian /

Kenapa kita selalu amik berat/amik kisah kalau ada orang cakap buruk pasal kita ?
 kita ada kekurangan ke ? well .everybody ada kekurangan .bukan perfect pun. so pada aku
 I am who i am !

Orang suruh kau berubah  ??
* perangai kau memang havoc. suddenly kau nak kena berubah jadi pendiam !
   mesti ramai orang cakap " what the fish? kau buang tebiat ape? ko asal diam ajew ? "
. so kenapa kita nak berubah , dah memang kita macam nie .so i dont give a FVCK. i am who i am

 kalau berubah untuk tidak buat jahat lagi . itu wajib ! hihiihihihi..

Orang suruh kau buat tu ni, tapi benda tu bukan kerja kau !
*Jangan buat ! who give a fvck about someone else job . ape aku kisah ? i am who i am
If benda tu patut ko buat ,and u think u should do ,and u wish to do. so buat jew itu takde hal
ikut hati yang ikhlas la.kalau tak ikhlas. fvck  jangan buat .u can only make it worse kowt !!

Orang benci kau Sebab perangai kau !
* i dont give a fvck , kau nak benci aku ,? kau nak jatuhkan aku ? you are welcome ! .
kau tak suka perangai aku ! So what ! go find ur own place la ! and i dont give a damn about single
tiny thing .

diorang protest kau !
*choose a gun .kill them all !! hahah tak mo tak mo ! .
 Buat je tak tahu .just smile like evil in disguise .and make they feel like annoy sometime later they
will go away .trust me dorang takkan datang lagi ! hahaha

" moral

Just be yourself ,dont and never try to be anyone else.

 " APE AKU KISAH ? AKU TETAP AKU LA BRO !

 p/s sila amik perkara yg positif sahaja haha




Thursday, 22 September 2011

JANGAN BERMUSUH ANTARA ISLAM

ASSALAMUALAIKUM





Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat:55]

credits to : lenggang kangkung : worth to share


Sunday, 18 September 2011

PENGKHIANAT

Assalamualaikum .

gambar nie kelakar


Pengkhianat dalam english BACKSTABBER adalah seorang yang kejam,bermuka-muka,penipu,pembohong dan orang paling tak guna sekali dalam dunia,Orang seperti ini memang ada dimana-mana je dalam dunia,cara hidup dia hanya untuk memecah belah kan persahabatan atau menutup periuk nasi,atau memang sifat semula jadi syaitannyer

Entry aku kali ini agak kasar,well ,aku memang benci kan pengkhianat sape dalam dunia nie suka kalau ada kawan,colleague.dia seorang pengkhianat,Aku ,sejahat-jahat aku ,aku belum pernah khianati kawan-kawan,colleague,saudara mara, kerana aku tau perkara tersebut amat Hina

Perbuatan Khianat selalu terjadi :-

*Di antara kawan-kawan, tujuan untuk memecah belahkan persahabatan seseorang.
*Di Tempat Kerja ,Lazimnya berlaku hanya untuk mendapat tempat,atau mengipas Boss

Personaliti Pengkhianat nie ada byk jenis, Antaranya

*dia suka Bergossip ( tujuan Bergossip adalah untuk mengorek rahsia )
*Selalunya Pengkhianat Lagaknyer seperti Pondan , Lembut .tapi ada juga yg normal tapi macam Si*L
*Bermuka-muka Itu sudah pasti (sangat baik depan kita,belakang hanya tuhan jela tahu )

Memang susah nak kenal.atau  tangkap pengkhianat nie sebab dia memang pandai berlakon,cerdik,pintar,bijak, tapi sebijak-bijak dia,satu hari nanti akan jugak kena Pijak,Sebagai manusia kita haruslah jangan Mengutuk,Mengkhianati Orang lain ,Kerana hidup kita bukannya Sempurna,Ceria malapetaka akan datang jua,


Kepada korang yang membaca, Mungkin Juga Terasa .silalah minta maaf selagi di bulan syawal nie hehe,dan jangalah buat lagi :)

Sekian



Tuesday, 13 September 2011

9 tips untuk tidak kehilangan girlfriend korang !

Assalamualaikum


Wahhh sejak sejak nie aku selalu pulak bagi tips .
semalam tips pasal nk usha awek hot.hari nie nak jaga awek supaya tak ilang.

dan korang percaya tak aku takde gepren pun.. ehehe. single beb.. ! hahaha

ape-ape pun nie tips masa aku jaga girlfriend aku masa lum break up . :)

9 tips terbaik aku rasa ! la

1-Jika korang rasa girlfriend korang adalah girlfriend yg betol dan korang rasa dia lah yang satu,korang kena la jaga dia bagaimana korang jaga diri korang sendiri ,sayang dia bagaimana korang sayang korang sendiri,, dan jika perempuan tu sayang korang gak .dan aggap korang yang satu dalam hidup dia.dia akan lakukan benda yang sama terhadap korang , tetapi sebelum tu . utamakan keluarga dan agama. :)

2-JUJUR-Lakukan ape aje untuk tidak menipu awek korang. kalau tipu untuk kebaikan atau nak buat surprice tu takpe la.,dan korang jugak tidak boleh sorokkan sesuatu pembohongan dari dia.nanti kompem korang akan rasa bersalah besar gile ! dan bila penipuan korang kantol suatu hari nnti sampai tua kepercayaan dia kat kau berkurangan ,walau banyak mana pun korang cakap luahkan ayat " I love you" dia tetap tidak percaya .kerana kepercayaan dia dah pudar ! :( susah la camtu, dalam percintaan perlu berlakunya jujur

3-BERKOMUNIKASI- Korang mesti Respect pandangan dia,sentiasa mendengar luahan hati dia,sebab perempuan tak suka kalau boyfren dia macam buat tak dengar. (kalau aku pun menyampah)

4-Hormat dia. dan tunjukkan dia yang korang sayangkan dia


5-SELESAIKAN MASALAH- Dalam sesuatu hubungan yang serius,kompem mesti akan ada masalah yang akan timbul,jika masalah itu timbul the best way untuk korang lakukan adalah hanya ungkapkan "Sorry"tapi bukan sekadar cakap sorry masalah tu selesai gitu je .korang mesti la bertemu mata .bawa berbincang , mana yang baik di guna pakai .buruk di asah cuci kasi cantik . kerana manusia boleh berubah.perasaan juga boleh ditukar walaupun mengambil masa.

6-Jika dorang buat korang marah gila.memang marah sangat. la. korang jangan la marah dia balik.marah sikit sikit je .dan buat dia rasa korang terluka,dia mesti paham emosi korang dan tidak bertindak rasional.

7-SPECIAL- Selalu buat dia rasa Seorang yang sangat Special, sebab prempuan suka Rasa diri dorang nie special

8-walau dalam keadaan ape pun jangan .buat Status tentang perempuan lain,sesetengah gadis akan cemburu buta. dan automatic cop korang dah mula menipu

9- Jangan terlalu control dia.dan selalu berada di mana dia berada. kerana sesetengah perempuan benci di control dan ini menyebabkan dia akan berjauhan dari korang .


-9 tips dari aku. sama ada boleh guna pakai atau tak ,tu terserah kat korang haha..aku guna macam nie la dulu haha..




Monday, 12 September 2011

Cara nak Tackle Awek cAntik Yg Susah nak kita Paham !

Assalamualaikum

Ape khabar . tajuk aku hari nie adelah Cara nak tackle awek cantik yg korang atau kita sendiri susah nak faham dorang nie

Sebelum aku bagitahu cara-caranya .aku nak kongsi sikit, Cantik adalah di hati bukan di luaran .kalau korang tak faham meh aku terangkan . Nenek aku mungkin dah tua.berkedut.tapi aku rasa dia adalah nenek yang paling cantik sebab .perangai.

Bila disebut cantik Bukan 100% datangnya dari faktor rupa tapi rupa perangai. hehe :)


okay now Cara-caranya | Sebelum tu aku tekankan bahawa semua cara yang aku kasi nie kan .bukan dari pengalaman tapi dari penyilidikkan yg aku buat wahahaha ! .pengalaman aku , aku takleh kongsi sebab aku nyer cara-cara terlampau berkesan hahaha


. Okay korang ternampak sorang awek cantik gila nie kat club/kedai makan/tempat kerja atau lain2 tempat etc..sekali ko pandang dia mmg korang dah gila jatuh cinta |BUNUH DIRI AR KALAU TAK DAPAT NOMBOR DIA| kan contoh la .jgn plak bunuh betol-betol. So lepas korang nampak dia
Ape langkah yg perlu korang buat ?

  1. terus pergi kat dia .gunakan ayat paling power korang " hye u , u tau tak dekat mata u ada bintang yang sangat cantik
  2. Tulis nombor telefon korang kat atas card/tissue/paper dan sedikit note .kasi terus belah tanpa cakap ape-ape !
  3. diam-diam ambil gambar dia .gi jumpa bomoh .biar dia jatuh cinta dengan kau !
Haha .99% aku comfirm takkan menjadi kalau korang buat ape yang aku listkan tu,tapi mungkin perempuan tu lekat kat korang Jika "JIKA" korang nie memang hensem gila la kan ..Jika la kan ! haha

Selalu awek cantik cantik nie selalu sangat dihujani pujian-pujian dan byk gila orang tackle dia nie,kalau dah byk gila orang tackle dia ,macamana korang nak compete ?  so kalau korang hanya lelaki biasa or boleh aku cakap REGULAR DUDE macamana korang nak bangkit dan memenangi hati awek tu??

  1. Lelaki perlu faham faktor realiti, lelaki yg hensem dia 4/10 dapat peluang tipis gila nak dapat awek awek yang cantik mungkin tak dapat langsung.memangla ada couple macam beauty & the beast aku tak cakap tak .sebab aku pun pernah nampak.. tapi tu hanya segelintir je kot
Tak salah pada aku kalau yang tak hensem nie nak usha awek yg cun hot cantik macam Princess haha ,rahsia untuk memikat bukan mengikut kaedah tapi adalah give up  atau dan beralih ke awek lain .jika sasaran pertama korang tak suka korang

Selalunya bila korang cuba mendekati awek yg cantik nie dorang automatic rate korang .dan meletakkan korang nie di level yang macamana .maksud aku level tu .korang nie hensem ke ? tak ke ? . kalau korang bernasib baik selalunya perempuan akan meletakkan level korang tengah-tengah .

kalau dah lucky dia pandang korang pun dengan senyuman .jangan la tercegat macam pakguard. Ape yang patut korang lakukan ! ? Takkan diam kan ! .so ape yang perlu lakukan ! JANGAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI. Selalunya ayat terbaik untuk Greet awek awek nie senang je .satu ayat simple . " Hye". kalau korang cuba ayat lain selain "hye" comfirm prempuan tu akan mensubjectkan korang sebagai "Poyo, Perv,Si yeye) dan jangan sesekali menegur sambil membuat lawak .kalau lawak menjadi takpe .kalau tak jadi kan dah malu Hahhaha

kalau ada response ! ajak berbual dengan dia.Jangan beritahu nama korang dulu .Ajak berbual dulu .berbual la pasal tempat sekitar ke ,ape dia buat ke ,bual je ape-ape asalkan dia senang menjawab soalan korang , kalau boleh buat dia lebih banyak tanyer daripada kau,dan Perempuan benci kalau korang banyak tanyer pasal personal life dorang atau macam nak soal siasat dorang.kalau aku kena macam soal siasat aku pun tanak layan .takut tu ahaha nanti kena cop pervert, 

lama korang berbual dah tapi sidia nie tak beritahu nama dia .kira tak properly introduce.korang kena mengalah , kau bitau la nama korang " hye nama Saya Tom . nama awak ? " .so sambung la berbual .tapi jangan berbual panjang .dan langkah paling penting jangan Biar dia tamatkan perbualan tu .biar korang yang tamatkan perbualan tu .beri la alasan . ape pun .ive got something to do ke ape ke .janji korang yang tamatkan .! 

Lepas korang tamatkan perbualan .cuba la korang mintak nombor telefon dia .sesetengah perempuan mungkin cakap tidak ,takkan kasi, mungkin ada yang cakap Untuk ape ? " dan ada gak yang mintak nombor korang dari bagi dia punyer .

JANGAN SESEKALI BAGI NOMBOR KORANG kat dia .Tak Macho haha, try mintak cara baik . kalau dia tanak kasi jugak .jangan memaksa . perempuan selalunya tak suka dipaksa., korang hanya perlu cakap camnie kalau dia tak kasi . , owh its alright .thanx , suka berbual dengan awak tadi.harap jumpa lagi . lepas cakap camtu korang jalan terus.buat tak tahu . aku comfirm dia akan panggil balik korang dan kasi nombor dia kat korang ! 

KAN DAH DAPAT ! TAHNIAH

90% aku bet jadi .sbab aku pernah buat.tapi aku ada cara lagi gentlemen yang aku takleh share ! ahaha..

5 Benda penting berhadapan dengan awek cantik

,Gentlemen,Polite,Kindness,smile,smart,

Thats all haha