ENGKAU TAK FAHAM , ENGKAU CAKAP TAK BEST !
Orang kita semua cerdik-cerdik,bab mengutuk,elemen negatif ,pencacian memang boleh kasi dekat orang kita ,
Mamat baju bunga-bunga dengan awek romantis baru sahaja keluar panggung,berpimpin tangan erat sambil berbual-bual
tentang filem yang mereka tontoni tadi ( entah beri perhatian entah fokus ke lain ooppsss ).Aku pasang telinga mendengar dari jarak jauh perbualan mereka
meneliti pergerakkan mulutnya yang terkumat kamit.Awek romantis "u..! buat rugi je kan tengok cerita tadi.." Mamat baju bunga-bunga pantas mencelah
"Kan i dah cakap,u nak tengok sangat kan ! kan bagus tengok filem orang putih tadi "
Selepas kata-kata berunsur negatif tersembur dari mulut muncung bibir yang bugar bersama temannya yang berbibir hitam mungkin hitam disebabkan kuat hisap rokok dan gigi yang sedikit kekuningan.Aku terus membakar rokok dan memikirkan sebentar,apa yang merekah mahu ?, apa yang mereka harapkan dari cerita yang mereka tonton tadi ?
hah ! ? pada aku cerita melayu yang aku tonton tadi boleh aku kategorikan 'Not bad' it was an okay movie,Tak menarik tapi tertarik , teliti ayat itu .
bila aku kaji semula antara filem orang barat dengan filem orang kita . memang perbezaannya amat besar , antara perbezaannya adalah dari segi
quality gambar dan effect-effect yang digunakan . bukan mengutuk tapi melihat dari segi logik akal minda normal manusia malaya ,kita tahu kita
jauh ketinggalan dari segi pembuatan dan pembikinan filem .
HOI !! " wan sergah dari belakang . " ko mengelamun ape si*l ? , ko buat ape kat sini ? " wan teman karib yang juga sudah menonton filem melayu yang baru aku tonton tadi
,tapi dia nonton cerita melayu tu semalam ,aku pula baru je selesai. " aku tengok movie nie hah ..." wan gelak dapat tangkap reaksi " tak best kan , haha rugi je ye dak ?."
wan pun berfikiran sama seperti mamat baju bunga dan awek romantis tadi .
aku kaji lagi, apa silapnya filem melayu malaya yang buat orang melayu malaya pun tak suka tatap nonton sokong industri sendiri , selalu bagi komen negatif
yang amat terang-terang tumbuk rusuk patah hati serah diri. bila aku kaji filem barat seperti filem " BrotherHood " lakonan jon foster dan trevor morgan . cerita
mengisahkan seorang mamat kolej yang ditugaskan untuk merompak sebuah kedai sebagai langkah akhir untuk menyertai kumpulan sigma chi zeta .
plot dalam filem dan scene-scene terlalu ringkas,mudah di fahami dan menarik,tapi ada juga scene yang cukup bosan
aku bandingkan pula dengan filem malaya kita " bunohan " menceritakan tentang 3 beradik yang terasing yang tidak lagi tinggal
sebumbung yang mula dihimpit oleh memori hitam . Serius bila aku tengok filem nie aku rasa menarik tapi ada sikit bosan, bosan tapi menarik ,
seperti jugak filem brotherhood ada scene bosan tapi ada lagi setengah membuatkan aku celik mata teliti kaca.
aku kaji dan kaji dan kaji . PAP ! rokok habis puas aku sedut,habis sekota aku renyukkan aku campakkan tepat kedalam tong sampah tak jauh dari aku . aku keluarkan bekalan
rokok aku ,aku ketuk-kutuk kotak rokok di permukaan tangan aku, aku koyak balutan plastik aku ambil sebatang aku nyalakan lagi.
dan aku duduk kaji lagi .. aku tahu kenapa masyarakat kita suka mengNEGATIFKAN dan suka mengutuk filem negara kita . sebabnyer ; orang kita bukan tengok
jalan cerita , kebanyakkan orang kita tengok aksi,pelakon yang cantik hensem kacak tergoda,orang kita suka tengok benda yang mudah mereka telan ,
orang kita senang cerita tidak suka perkara yang rumit , tak suka berfikir . seperti filem 'bunohan' penulis mengajak kita berfikir dan meneliti satu persatu
apa yang terjadi dalam filem tersebut , dan dalam filem 'brotherhood' pula penulis tidak mengajak penonton berfikir . penulis lagi suka berterus terang
dengan apa yang dia ingin sampaikan.
jadi disini orang kita boleh dilabelkan "mencaci tanpa pengetahuan" mereka suka komen benda yang negatif terhadap
sesebuah filem yang sebenarnya berkualiti yang mereka tak tahu apa erti sebenar kualiti,dan tidak memahami jalan cerita yang mereka tontoni.
telefon bimbit berjenama blackberry milik aku berkelip kuning menandakan ada 'notification' pada twitter aku , aku picit-picit telefon bimbit aku
melihat berita di twitter , ternyata filem bunohan telah ditayangkan di USA dan menyertai festival filem cannes.
TAHNIAH
Bangun tegak,menggeliat menjentik rokok terus ke longkang yang penuh sampah dan puntung rokok yang lain.Melangkah terus sambil memicit huruf-huruf
di permukaan blackberry aku tweet " Tahniah #bunohan " ..
filem yang kau kata bosan , teruk ,sampah .
Filem tu pula di angkat di puji di beri tepukan gemuruh di negara asing.
pemikiran berilmu dan tidak jauh berbeza,
sedikit pesan untuk penulis dan penyunting filem
"jangan kejarkan kuantiti kejarkan kualiti
sedikit pesan untuk penonton
''Jangan kritik negatif , faham cerita dulu "
No comments:
Post a Comment