DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW

YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU

READ AND SMILE !!

Sunday 19 June 2011

MENYESAL !! BERSABAR :( - DAN BOSAN IKUT PANCING

assalamualaikum


Korang pernah tak menyesal sebab ikut.mula-mula excited tapi bila dah sampai dan merasai .aduhai ..indah khabar dari kenyataan ! camtu la semalam aku rasa .mak ai .bosan tahap karma. at first member-member ajak gi mancing .woah excitednyer dengar nak naik boat semua wah memang suka giler la ! so 8.30 malam gerak la naik van . bila sampai . prepare la nak memancing .dapat gak 3 4 ekor ikan .

 dan lama-kelamaan .aku menunggu la katanya ada boat. last-last boat tah kemana otak aku pun dah kemana. aku pun baling kreeeekkkkk aku pun start pancing ..dah berejam aku tunggu dan tali asik putus je .aku dah fed up .pastu aku letak aku tidur ..aku kejap kejap bangun pasai gatal kan nyamuk banyak .. tunggu budak-budak nie nak balik entah bila ..fuhh memang bosan tahap karma la ..sumpah siot aku tanak Ikut orang gi MEMANCING lagi ..argghhh ~tamat~

FINAL CUT(Not Responding)

aku MengYoutubekan diri aku tadi ..aku tgk la cara-cara nak edit video and how to be a great filmaker. so tips aku dah kompol banyak dah.aku pun duduk bukak la sonyvegas pro aku tu .mula mengedit dengan tekun nyer .perut berbunyi-bunyi aku buat dang je .sebab tekun punya pasal ..semua dah cantik .susunan clip ke clip semua cun..

so time la aku untuk edit effect bunyi-bunyian dan segalanyer .tetiba aku drag audio file kat vegas tu ..tetiba je teng NOT RESPONDING . dah la aku tak SAVE . perghh bukan main baran aku tadi ..sabar gila siot ..aish ..pakkal je aku ada satu je laptop kalau aku ada dua .dah lama yg nie aku buang ..haish ..BERSABAR ....

MEMANG SAKIT HATI LA !

Wednesday 15 June 2011

SETETIBA DAN LAIN LAIN

ASsalamualaikum

Hampir seminggu gak aku tak tulis blog ..rindu sangat rasanya ..aku minggu nie adalah minggu terBZ Dengan settlekan kereta BARU . dengan kerja nyer lagi dengan tu dengan ini dan dan dan itu dan ini

nak citer la benda benda yang datang setetiba yang terjadi kat diri ini ..

Hari Rabu Pukul 3petang gitu la .tengah drive nak balik ofice dari puteri pacific masa tengah drive tetiba .je ada bunyi call datang dari anonymous ! tak kenal .angkat je la kan ..pas angkat he said dia dari celcom talent management/seekers .. and dia berminat dgn saya punyer band iaitu CLOCKSTICKING (click) dan ingin kitorang datang utk audition .nama dia michael . and i was wondering where the hell he get my number and knows my band.. dia pun cakap dia tengok band aku nie kat Youtube (click youtube utk tengok) dia  berminat dengan band dan mencari detail kat facebook . dan sekarang nie tggu je la waktu audition tu nanti

and nak memperkenalkan band under management aku . band Metal .aku manager mereka haha . nama band dorang REVENGE FORSAKEN (Click utk ke Fb) dorang nie main metalcore. swedish metal and metal dan segala metal .line up semua dari band CLOCKSTICKING .. cuma vocalis je lelain . dan dorang ada upcomin gig kat nilai 23 july nie . MALAYSIA INDONESIA FRIENDS FOREVER ! . check out .. korang datang ar sekali lepak chill layan ! ..


Wednesday 8 June 2011

AMARAN AMARAN !

assalamualaikum.


korang sihat.. dah 3 hari dah tak tulis entry.rindu rasanya kat blog.. follower dah ada 803 yay .dalam masa sebulan je :) terima kasih la yang support dan act dalam film action ARRGGH its me ! ini haha ...

AMARAN !

ape nyer yang amarannyer ?
ha nie la nak citer nie ..  amaran .surat amaran atau dalam ENGLISH . WARNING LETTER . pernah korang dapat ? . aku dah byk kali jugak la dapat surat nie biasala pekerja degil yang paling degil kuasa 4 .comfirm selalu dapat .

aku kerja bawahan je kira cam kuli-kuli aku bekerja sebagai INCOME AUDIT di salah sebuah company di pasir gudang johor kerja yang melibatkan wang tunai dan account . kerja rilex je .tak la pening sangat .colleague aku semua best-best open minded dan agak cam tak betol in a good way ..

tapi kat office aku nie .ada WICKED WITCH (ahli sihir jahat) iaitu biasalah BOSS..

kat sinie ! aku nak citer !

PERNAH TAK KORANG BAGI SURAT AMARAN KAT BOSS KORANG wahahah

aku pernah . hehe baru semalam ..actually bukanlah aku bagi .tapi disebabkan aku ? sebabkan aku ke ? .disebabkan aku la dia dapat surat amaran .atau lebih sedap dipanggil WARNING LETTER. semuanya terjadi disebabkan hal yang rumit dan putar belit..

aku diarahkan oleh WICKED WITCH tersebut untuk submit Report O|C (officer Cheats) pada setiap minggu hari rabu. dan bersama saya mendengar kata-kata AHli sihir tu ialah DOREMON(zaki :: account exec)

so Dia masuk morning briefing di pagi hari esoknyer.. dia telah dimarahi . oleh GM(General manager) kata nyer GM minta report tu hari isnin .selepas selesai morning briefing .dia panggil la saya masuk office dia BILIK KERAMAT SI AHLI SIHIR .dan terus memarahi saya dengan dashat ! , Dia cakap "
 kan saya minta report tu hari isnin ? " // aik aku dah pelik bukan dia mintak hari rabut ke ? " aku pun berdebat " AKAK MINTAK HARI RABU LA "  . " TAK SAYA MINTAK HARI ISNIN " haish aku dah takleh nak melawan ..aku ye kan je la.. so Doremon pun cakap .yang dia mintak hari rabu tapi .dia enggan mengaku yang dia cakap hari rabu dia tetap cakap hari isnin..

Dengan tetiba .esoknyer dia telah menerima surat amaran kerana gagal memberi report oc tersebut pada hari isnin .. haha padan muka dia. .tula sape suh putar belit. yang penting aku terselamat ! yay..

p/s kalau kerja biar jujur.. jgn jujur menipu haha ..

aku kat ofice :)

Monday 6 June 2011

DENDAM TEASER DENGAN GAMBAR KAT KUBUR .

assalamualaikum ..


DALAM SATU ENTRY ADA DUA CERITA HEHEHE ! U READ 1 U GET FREE 1 ! HAHAHA

dah lama aku dengan team jb seekers aku tak buat aktiviti seperti dahulu ..dulu kitorang buat dapat shot POCONG ..tapi sejak-sejak nie tak dapat shot paranormal lagi .malam minggu itu hari aku dengan team telah masuk ke kawasan perkuburan. kawasan banglo yg telah ditinggalkan namun hampa tiada sebaran paranormal aktiviti..

utk tengok klip pocong yg kitorang tangkap sila click nie > JB SEEKERS SHOT POCONG
kawasan perkuburan .jam 3:35 pagi AHAD 


DENDAM

seperti mana yang separuh dari anda tahu .aku sedang bergiat untuk menyiapkan independent film aku sendiri berkisah kan dendam dan ini adalah teaser #2 utk film tersebut.. kepada yang belum tengok teaser #1 sila tekan nie ~ DENDAM !

nie dia teaser #2



Saturday 4 June 2011

TUTORIAL MAKAN PAKAI CHOPSTICK BERSAMA YUYU ZULAIKHA

Assalamualaikum ..

Korang semua reti tak makan pakai chopstick .btw chopstick adalah sejenis stick/batang .ia memerlukan sepasang/dua .. kegunaan dia adalah utk makan hahahaha

Selalu yang makan Pakai chopstick nie adalah orang cina . orang jepun orang korea .dan sekutunya.orang malaysia pun dok nak makan jugak pakai chosptick .ape salahnyer kan .nie nak tanyer la nie . korang nie  reti tak makan pakai chopstick ! ?

APE TAK RETI ?? wah.. serious ???

ish ish ..

so kat sini saya eh bukan .. tetapi cik Yuyu Zulaikha ingin menunjukkan bagaimana cik yuyu nie nak ajar korang semua makan pakai chopstick . ye ..mai tengok video tercebut !


Friday 3 June 2011

PERSEPSI BUKAN SI JIWA MUZIK

Assalamualaikum .

sekarang nie dah jarang-jarang ar update blog .idea kering kontang dah nie ..adeyai.tapi demi polower yg POLO
aku nak gak menulis .

ceritera entry ini hari  menceritakan tentang PERSEPSI ORANG YANG BUKAN JIWA MUZIK yang boleh aku kata mereka nie semua sempit pemikiran .tak semua la tapi sesetengah la kan. sebab judging dari pencakapan dan komen dorang terhadap sesetengah muzik yang dorang tak minat dan terus bersangka buruk !

Kenapa ek ?
setiap orang ada minat berbeza-beza terhadap muzik .masing masing ada pilihan gaya pendengaran tersendiri kan . aku tak pernah marah orang yang minat lagu ' SEJARAH MUNGKIN BERULANG ' yang minat gila kat kumpulan boboy atau ANTZ  yg pada aku Lame :psst . tapi aku tak pernah kutuk mereka malah aku bangga dengan kumpulan-kumpulan tersebut sebab dorang berjaya mencipta seni yang baik pada era atau zaman tesebut.

dan aku jugak tak bising bising kat orang yang suka dengar lagu ANUAR ZAIN ' lelaki ini bla bla'  lagu dafi atau aril . dorang ada identiti sendiri .dan memiliki peminat jua .

tapi kenapa bila part lagu .METALCORE . SWEDISH METAL . HARDCORE . dan segala jenis muzik berat yang ada unsur jeritan bagai dorang cakap tu !$^#@#%@#$*&^^ . ada gak yang cakap .ei lagu nie la yang puja puja syaitan eh ?? ada gak yg cakap camtu .. pada aku oh kau dengar orang jerit-jerit dan muzik agak berat sikit dan korang claim tu muzik puja syaitan

pada aku itu semua seni ,. makin hari semua makin improve MOVEMENT IN MUSIC mesti ada .takkan nak lagu sama je macam lagu-lagu era 90 an macam lagu spring tu semua . pada aku semua mempunyai seni dan creativity masing-masing . pada aku tak cool untuk judge seni orang yang bukan-bukan .. lain la kalau orang dah anggap kita nie GODFATHER OF MUSIC ke ..boleh la ko judge muzik orang

pada aku muzik yang ada jeritan tu semua adalah EXPRESSI ! . dan aku sungguh minat lagu yang begitu ..

~ korang sepatutnya dengar band nie instead dengar lagu-lagu 90an tu semua hehe

*OF MICE AND MEN
*ASKING ALEXANDRIA
*AS I LAY DYING ( BAND NIE WAJIB DENGAR )
*SCARLET
*BRING ME THE HORIZON

PEACE

Thursday 2 June 2011

AKU PLAYBOY KE ?

Assalamualaikum .. (entry agak peribadi)

PLAYBOY = LELAKI YANG BANYAK POMPUAN

adakah aku salah seorang lelaki yg dilabelkan seperti itu ? "playboy" Entah la.. hanya orang yang boleh tentukan aku seperti itu atau tidak ? .

Tapi dah 2 orang cakap aku camtu .dan dua orang tu adalah bekas teman wanita aku . Salahkah aku berkawan selain teman wanita aku .salahkah berkawan salahke ?? itulah perempuan senang je dia label exbf dia nie huhu.. senang je salah anggap tu ini tu ini ..

masih masih masih terpinga lagi . adakah benar kenyataan dua wanita itu ..aku harap takla.sebab aku jenis suka berkawan ..yup kadang-kadang tu eh selalu jugak la lunch dgn someone itu pun kawan je kan .. so adakah saya PLAYBOY haha ..

nak cakap hensem tak .nak cakap macho tu mmg tak la .nak cakap kaya dan bergaya .memang jauh sangat la tu .Tapi MANIS TU ADE yer :) haha ..

ape-ape pun .. i am single Wahahaha .. :)

MUKA PLAYBOY KE NIE ? TAK KAN !