kalau cinta, wajib dikaitkan dengan hati.
apa benar cinta itu buta ?
cinta ada mata ?
kalau tiada mengapa masih lagi bilang ia buta?
cinta dikaitkan dengan hati,
sememangnya bukan cinta yang buta tetapi
Hati yang Buta.
adakah hati aku juga buta ?
lantak dan biarkan,
hati bukan lagi penting,
yang penting diri.
tapi cinta,
cinta juga ada kena mengena dengan diri
apa aku cakap ini benar dan normal ?
kenapa secara lantang aku bicara pasal cinta.
atau memang aku sudah jatuh cinta ?
tidak pasti ?
bagaimana pula engkau ?
engkau pasti engkau sudah jatuh cinta ?
cuba tanya diri sendiri,jangan tanya hati,
tanya diri.
tiada guna tanya hati,hati dah dicemari malah sudah buta
diri yang perlu diawasi
kerana diri pikul maruah mu .
sudah siap sedia pertahanan mu ?
sudah sedia bertempur ?
engkau faham apa maksud pertahanan dan pertempuran?
tidak bukan ?
kamu siap sedia ,
lawan sama dia ,
sama siapa ?
kenali lawanmu
perangi
sama nafsu mu !
sekarang cinta bukan lagi letak di hati,
sebab hati buta,
cinta kini juga bukan lagi pada diri,
kerana diri tiada daya
sekarang cinta terletak pada maruah
ya benar yang dibawah
jaga yang itu
bukan jaga kecantikan mu,
secantik rupa gebu merah jambu
tapi maruah mu juga yang digadai
lantas pasti kamu buntu
cinta bukan pada tubuhnya
tapi moden pula kata cinta sememang terletak
dan sengaja disasarkan di kulit jernih
gebu atau kasar milik dara atau teruna itu
itu kata moden
kata engkau bagaimana ?
aku tak rela
aku rela cinta dirinya dan pendirianya
dari merosakkan apa yang sempurna dari
hancur dan tidak berguna
secantik rupa gebu merah jambu
tapi maruah mu juga yang digadai
lantas pasti kamu buntu
cinta bukan pada tubuhnya
tapi moden pula kata cinta sememang terletak
dan sengaja disasarkan di kulit jernih
gebu atau kasar milik dara atau teruna itu
itu kata moden
kata engkau bagaimana ?
aku tak rela
aku rela cinta dirinya dan pendirianya
dari merosakkan apa yang sempurna dari
hancur dan tidak berguna
sabtu pagi bertarikh
21/april/2012
jam 4.00 pagi
No comments:
Post a Comment