Apa selama ini kita koma ? terbaring diatas katil sambil badan
diselimuti cadarnya pula putih dan berbekalkan bantuan pernafasan
memangnya kita koma ? tidak langsung sedar ?
arus perdana di kaca warna tayangan seperti tidak masuk akal
mengetengahkan yang tidak perlu, dimana yang perlu pula dibuang sahaja.
engkau dapat beza bukan antara perlu dan tidak perlu.
tapi tetap juga pilih tidak perlu untuk santapan
memang kita koma .
aku tak rela cakap kita mati,sememangnya hati sudahpun mati
hanya badan kulit darah urat otak masih beroperasi
tidak sepenuhya tapi...
yang terlebih seronok sudah seperti seronok yang biasa
lupa ? dosa sedang dicatat
yang baik pula sengaja dilupa
mengapa? pahala tidak dicatat
memangnya kita langsung tidak sedar ?
sedar diri,buka mata.
secara kasar pergerakan mata kita memang terbuka,
secara kasar pergerakan kita memang berupaya,
tapi masih tidak normal
kerana sebenarnya kita masih koma ?
APA KOMA !!!
kau perlukan bantuan pernafasan sahabat ..
segala yang engkau lihat adalah sewajarnya tidak patut
dilihat .
aku juga melihat runtuhnya seseorang,runtuhnya dirinya
aku juga sedang runtuh,
apa yang runtuh?
segalanya..
apa dia ?
runtuh diri,
runtuh iman,
runtuh pengangan
runtuh kasih dan sayang
runtuh perjanjian
benarkan
ya kita masih koma dan masih tidak sedar,
bukan bantuan pernafasan kita perlukan tetapi sedikit
air dicurahkan ke muka lantas terus bersuci
5 waktu terasa indah
doa pula diutama
kita akan bangun dari koma
sabtu pagi bertarikh
21/april/2012
jam 3:03 pagi
Waaaa.....ko dah bertaubat eh...sentap la ayat.....
ReplyDeleteprosa dan ayat .. keh keh ..sasterawan
ReplyDelete