DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW

YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU

READ AND SMILE !!

Saturday 21 July 2012

cerita cinta si penulis - apa sebab ?



apa sebab?




Cahaya pagi mencelah memasuki ruang-ruang yang boleh dimasuki menerangi ruang bilik aku yang kecil.Aku yang masih belum tidur dari malam kerna terleka
dengan `Facebook`. Ping !! Bunyi Facebbok menandakan ada pesanan masuk " awak rasa-rasa saya single tak ? " . Aku tersunyum sambil jari jemari aku
menunggu untuk membalas pesanan itu , " tak,takkan la orang cantik macam awak nie single ?" .. balas aku dengan tersengih didepan komputer riba berjenama 
Compaq.Selang beberapa hari membalas pesanan,menguntum senyuman, aku berjaya menawan hati si dara itu .


Dulu berbalas Pesanan di facebook sekarang berbalas pesanan di Telefon bimbit, telefon bimbit aku yang berjenama Nokia tu kerap berbunyi,biasalah orang 
mula bercinta memanglah telefon bimbitnya tidak putus-putus berbunyi." awak jom jumpa malam ni? .. pesanan datang dari dia,aku tersengih dan hanya membalas
"okay.." . AKu start enjin motor wave 110R aku memulas pici minyak deruan ekzos memecah suasana hening malam,terus aku masuk gear satu aku terus
berlalu pergi ke destinasi yang aku dan dia berjanji.


Aku jumpa dia di hadapan rumah sahaja,tujuan aku dan dia berjumpa bukan nak pergi ngedate tapi nak bersua muka,bukanlah semata-mata bercinta 
melihat gambar difacebook sa`je . aku dah lihat rupa gadis yang telah pun ikat-ikat menjadi milik aku itu . mukanya tembam comel,malam aku bertemu dgn dia
dia mengenakan baju hitam bercardigan putih,diikat rambutnya toncet belakang,sambil memegan sebotol air sarsi keluaran F&n.Dia menghulurkan botol minuman
tersebut,aku menepis mengatakan "tak mau,dah minum tadi. " sambil aku senyum melihat matanya yg kuyu malu tersipu poyo .


sebulan berlalu ..


Aku jenis tak suka orang banyak tanya .bertanyakan itu bertanyakan ini seperti seorang detektif yang sedang menyiasat kes yang rumit . aku benci 
bila aku terasa seperti disiasat. " awak buat ape tu ? , kat mana ? dengan siapa ? balik pukul berapa? cakap betul ! . ! " Pesanan ringkas yang aku terima,
ayat yang sama juga pabila dia telefon aku menjawab. aku pening . aku tak suka.


hubungan aku retak.seperti retaknya kaca cermin kereta yang mulanya sedikit tapi semakin lama semakin melarat retakannya . begitulah hubungan aku,
semakin hari semakin koyak hatinya aku robek .dia tidak bersalah, aku tahu aku bersalah , sebenarnya aku sudah bosan dengan dia . aku tiada sebab
kenapa aku bosan dgn dia .mungkin sebab dia menjadi seorang detektif wanita yang selalu menyiasat pergerakkan akuu . mungkin sebab itu .
aku selalu hamukkan dia apabila berkomunikasi didalam telefon . aku hamukkan dia seperti seorang tuan memarahi binatangnya .


nampak bukan salah aku . ya memang salah aku ,wanita mana pernah bersalah dalam hal percintaan . mereka seperti orang yang suci 
yang tidak pernah berbuat salah , padahal kita boleh lihat dari celah-celah saat celah-celah minit dimana mereka sendiri tidak perasaan
bahawa kata-kata mereka amat menyakitkan hati .


aku baling puntung rokok terus ke longkang yang berlumut hijau dipenuhi sampah, aku bingkas bangun terus melihat kiri kanan.
mencari kedai untuk membeli rokok .. aku cucur rokok dan aku mengeluarkan handphone nokia dan terus menulis pesanan ringkas
"kita break jer"   


thats all .. 

1 comment:

  1. hati wanita di mulut
    hati lelaki di dalam..
    sebb tu wanita ska berterus trg apa yg di rasa :)

    ReplyDelete