DARI KIRI HENTAK JARI ! FOLLOW

YOU ACTUALLY VISIT US THANK YOU

READ AND SMILE !!

Thursday, 30 August 2012

Aku yang Tidak Pernah Berterima kasih

Aku yang tidak pernah bersyukur

Aku seorang pemuzik dulu juga seorang pembantu pengurus kewangan di salah sebuah syarikat ,
aku adalah ketua kumpulan gitar rancak yang sedang meningkat naik pada tahun 2008,
kerja tetap . kumpulan muzik yang semakin nampak cerah cahayanya membuat aku lupa,
Teringin Masuk television tuhan dah makbulkan .teringin masuk radio tuhan dah makbulkan,
teringin masuk majalah tuhan dah makbulkan,  kerja? teringin naik gaji tuhan dah makbulkan,
teringin dapat anugerah pekerja terbaik tuhan dah makbulkan,

Album laris dan habis dijual .seluruh pelusuk melaka dan johor bahru .
celah-celah pasar malam pun ada jual album kami . walau tidak segah nama gitar rancak aku,
tapi dikenali ramai ,

Perempuan makin ramai mendekati ,aku semakin jauh dengan tuhan yang selalu memberi .
semakin jauh ,semakin hilang . kerja aku terumbang ambing,surat amaran berselang seli di print out dan
di berikan padaku . pengurus penat mengeringkan air liur dia terhadap aku .

kumpulan gitar rancak aku .semakin jatuh ,semakin jatuh ke dalam lembah hitam yang tak mungkin dapat
diselamatkan lagi .semakin lama semakin hilang . salah siapa ? entah la. tiada siapa yang salah .
tapi ada satu kesilapannya .. Tidak perlu aku katakan sekarang .

aku huru hara. Kumpulan tiada lagi . BAMMM!!!!! aku kemalangan bersama teman wanita aku.
.nasib baik aku selamat.nyawa di hujung tanduk ! . aku kembali. aku kembali . kerja semula .
mendapat tawaran kerja baru . aku berhenti .

mula lah aku kerja baru .sayang aku ditipu gaji aku tidak dibayar .
aku huru hara . hidup aku tiada lagi menentu

sekarang ini aku cuba selamatkan diri aku

kesilapan aku adalah
tidak pernah berterima kasih,bersyukur kepada tuhan

Bersyukur la

No comments:

Post a Comment